26.12.09

tak pernah lupa dan tak akan lupa

aku main dengan double meaning. mulakan dengan ni dulu. bismillah. ini gara2 Muallaf yang sangat menakjubkan dan Guitar Hero yang menggilakan. kami batu! haha.


terima kasih The Hashims, Ateh & Kak Ngah. mwahhh.

tapi... jeng jeng jeng, seseorang di sini, yang dekat dengan diri ini, terlalu ambil kisah tentang kau kat sana, yang tengah comolot entah dengan siapa, yang di sini tau, di sana langsung tak nak ambil kisah. jadi di sini cuba dan cuba. jadi Sabarina saya, banyak lagu untuk di mainkan hari tu. kahkahkah.

masih, aku marah lagi, paling lama dalam sejarah, dia tak nampak mana pergi, sebab dia mengendung ego yang bukan sebesar zarah. nasib baik ada hari2 semalam.

alhamdullillah.

23.12.09

bila yang susah sudah dapat yang senang, ditinggalkan yang lain terkapai2

kejam!

3 entri yang sebelum ini, sangatlah berkait rapat. kerana dia masih lagi pengecut di belakang suara aku sedang bercakap2. kerana dia masih terduduk diam dengan egonya sendiri bila dia nampak aku di situ. kerana dia masih lagi buat2 tak tau sekeliling apa yang terjadi. dia tak berani. lelakikah itu?

dasar pembelit.

tapi sampai sekarang aku masih cintakan kau. itu bodoh untuk aku. aku sedang cuba untuk disebaliknya. tolong bagi semangat. untuk Ain and Yaya, you know who you are. lap cu.

:(

19.12.09

jadilah lagi dan lagi

memang selalunya sesuatu janji itu dibuat tujuannya untuk dipecahkan ke? memang setiap kali kalau dibilang nanti2 ingat, niatnya untuk dilupakan juga? aku tak berapa faham persepsi sesetengah orang2 macam ni. kadang2 buat hidup orang lain macam hamba abdi. didudukkan kita dalam suatu kasta paling rendah, cukuplah nak dibaling apa.

ya, aku marah.

bodoh ah aku kalau minta sampai 2 kali kan? nampak macam apa pula. aku bukan girlfriend kau lah, samdol! agak2 ah sekarang kalau kau nak pergi sampai ke tahap macam ni.

okay, aku pernah minta tolong kau, and aku pun pernah BANYAK sangat tolong kau. tapi tolong ah weh, atleast it's the thought that counts. oh, macam ni istilah kawan dalam hidup kau. mencari aku, bila kau rasa kau sedang dalam keadaan busuk yang teramat. gitu?

pergi mampus!

kau pergilah kejar and layan girlfriend kau yang terhegeh2 cerita dia baru berak tadi. hilang kau tiba2, dia pun call aku. apa barang weh? c'mon la. takda civic-minded langsung. kalau nak diungkitkan, banyak yang dulu2 aku tahan apa kau buat. tapi aku malas nak ulang tayanglah pula.

oh ya, memang semalam for the first time, aku beranikan diri tekan punat merah kat fon aku waktu kau call. dan call, dan call lagi. jangan jadi kecut beb sampai suruh orang lain call aku plak. ofcourse, I'll pick up, bodoh!

silap oranglah nak cari pasal. lepas ni, cubalah cari aku lagi. aku suka, SANGAT suka.

16.12.09

untuk entah yang keberapa kali

kaki aku buat hal lagi. tiba2 dipanggil menolong dalam satu persidangan, aku tak kesah. aku buat je. kerja amal, untuk cari pengalaman juga. tapi bila sampai hal sakit2 ni, tak boleh nak buat apa. aku memang ada masalah dengan benda ni dari dulu lagi. nenek aku sendiri pernah kata, anti-body aku mana kuat. tapi aku cuba.

sekarang aku sedang belajar nak jadi macam ikan. sebab sem depan ada underwater photography. kelas pertama malam tadi, alhamdullillah aku senang nak tangkap. aku kira, buat kali pertama sekarang, aku berjaya lawan sakit aku untuk siangnya berdiri berjam2 dan malamnya pula, harus menjadi selembut sirip.

-------

okay2, kelmarin aku nampak macam desperate sangat plus bengang, jadi aku pecahkan juga, kata pada dia apa benda kau lupa. dia janji sesuatu untuk esok. kita tengoklah nanti macam mana.

hari2 kat sana aku kena bahan. apehal muka dia senyum2 suka? pening la.

9.12.09

bukan aku tak reti bersyukur

sebiji kek yang lazat dan comel, sepasang kasut, seutas jam tangan dan segala macam doa dan harapan sampai sekarang ini, cuma aku terima dengan rasa aku sendiri tak percaya ini semua aku dapat dan beriban terima kasih.

tapi.

aku masih rasa macam ada sesuatu yang kurang cukup dalam apa yang aku teragak2. mungkin sekarang aku dah nampak ceritanya pergi ke mana. oh, dia cakap macam apa yang dia cakaplah, Sara.

bodoh ah kau ni. memang betul apa yang lawak main2 hari tu, dia buat sekarang. aku ingat lakonan kau tu as if harinya nanti kau akan buat, rupanya buka api pun tidak. kan dah nampak macam tepuk dahi sendiri kat situ. nasib baik benda lain okay.

tapikan, aku ingat kau saja je tau? haiihh kenapa macam ni lagi? okay2, Im creating a 'list' that pathetically your name in it.

benci kau!